
Taska Anakku Intan

PENGLIBATAN IBUBAPA
Mengapa penglibatan ibu bapa sangat penting:-
1) Ibu bapa sayang kepada anak mereka dan mengenali personaliti serta identiti anak mereka. Mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Manakala guru juga sayang kepada anak jagaan dan dilatih kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak. Guru senantiasa memastikan kesejahteraan dan cuba memupuk potensi anak. Jadi kanak-kanak akan merasa selamat dengan adanya perhubungan yang baik antara ibu bapa dan guru. Ia juga memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang terbaik .
2) Perkongsian, perhubungan, interaksi, kerjasama dan sokongan ibu bapa dan guru dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
3) Ibu bapa boleh berbincang dengan guru berkaitan perkembangan, tingkah laku dan apa sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan perkongsian begini dapat menyelesaikan banyak masalah dan meningkatkan kemahiran keibubapaan. Ia juga menolong guru memahami serta menghormati pandangan, budaya dan latar belakang keluarga.
4) Penglibatan diri ibu bapa dapat meningkatkan lagi program dan aktiviti di taska dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti taska.
5) Sesetengah guru memerlukan sokongan dari ibu bapa dan dengan itu guru akan lebih yakin, bersemangat dan seronok untuk meneruskan usaha serta merasakan diri mereka dihargai sebagai orang yang penting dalam hidup anak mereka.
6) Penglibatan ibu bapa yang sihat akan meningkatkan kualiti sistem kekeluargaan, sistem komuniti setempat dan seterusnya memberi impak yang besar kepada kesejahteraan negara.




HUBUNGI KAMI JIKA ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT KAMI

BORANG PENDAFTARAN